Kata nama terbahagi
kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata
yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang,
haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat,
benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
Manusia , orang
|
ayah, perempuan,
kerani, polis, guru, doktor, askar dll
|
binatang
|
ayam, gajah, kerbau
anjing, kuda, burung, ikan dll
|
tumbuh- tumbuhan
|
pokok, betik, rumput,
lalang dll
|
benda
|
pasir, kayak, radio,
rumah. Motorkar, pen, buku, dll
|
tempat
|
pejabat, pulau,
sekolah, kampung, bandar, negeri dll
|
Kata nama am hendaklah ditulis dengan
menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan
seekor gajah.
|
Pada akhir ayat
|
Gajah itu
berbadan besar.
|
Pada awal ayat
|
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah
kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan
yang tidak bernyawa.
Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
|
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
|
binatang
|
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
|
tempat
|
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
|
bangunan
|
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
|
judul buku
|
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
|
benda
|
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)
|
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan
|
Kata Nama Am
|
Kata Nama Khas
|
Benda
|
bangunan
kereta
buku
sekolah
|
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
|
Orang
|
doktor
kerani
guru
budak lelaki
|
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
|
Binatang
|
kucing
lembu
katak
ayam
burung
|
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
|
Tempat
|
negeri
bandar
kampung
tasek
|
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
|
Tumbuhan
|
pisang
cili
jambu
limau
|
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
|
nota yang berguna
ReplyDelete